5,841 kes baharu, Selangor kekal tertinggi dengan 2,072 kes

0
50
Seorang kakitangan melakukan ujian saringan Covid-19 dalam program saringan Covid-19 kepada semua pekerja Malakat Mall.

CYBERJAYA – Kes baharu positif Covid-19 hari ini kekal melebihi 5,000 kes apabila sebanyak 5,841 dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadi kumulatif kes di Malaysia ialah 716,847.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,072 kes dan diikuti Negeri Sembilan 781 kes.

“Seterusnya Sarawak dengan 581 kes, Kuala Lumpur (552 kes), Johor (346 kes), Kedah (271 kes), Melaka (247 kes), Labuan (212 kes), Sabah (203 kes).

“Pahang (162), Kelantan (135), Perak (120) dan Pulau Pinang (108), Terengganu (29), Putrajaya (17) dan Perlis (5),” katanya di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here