80 tentera Myanmar terbunuh berhampiran Demoso

0
2171
Anggota KDNF (berpakaian gelap) membakar mayat anggota tentera Myanmar yang ditinggalkan di Demoso setelah 3 hari pertempuran antara dua pihak tercetus. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

YANGON – Sekurang-kurangnya 80 anggota tentera Myanmar terbunuh dalam satu pertempuran dengan kumpulan bersenjata tempatan di wilayah Kayah, Isnin lepas.

Menurut laporan agensi Anadolu, pertempuran itu dilaporkan oleh Pasukan Pertahanan Warganegara Karenni (KDNF) dalam satu paparan di Facebook.

Laporan itu menyebut, pertempuran tercetus ketika sebanyak 150 anggota tentera itu dalam perjalanan dari Lolkaw ke Demoso.

KDNF mendakwa, mereka berjaya membunuh kira-kira 80 anggota tentera, dengan pihak mereka kehilangan seorang anggota manakala 6 lagi tercedera.

“Sebagai tindak balas (atas serangan kami itu), pihak tentera telah melancarkan serangan ke atas Demoso menggunakan jet penyerang, helikopter dan bedilan artileri,” kata kenyataan itu lagi.

Media tempatan menyebut, pertempuran di antara kedua-dua pihak itu bermula sejak 21 Mei lalu dan semakin merebak.

Sepanjang 10 hari pertempuran, akhbar tempatan, The Irrawady melaporkan tentera junta telah membunuh 8 anggota gerila dan 23 orang awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here