98 kru KD Mahawangsa positif Covid-19

0
300
KD Mahawangsa

KUALA LUMPUR- Sebanyak 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa positif Covid-19 dan kini mereka sudah diasingkan dan menjalani kuarantin.

Menteri Pertahanan, Datuk  Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua kru berkenaan menjalani ujian RTK Antigen Covid-19 sebelum menaiki kapal bereknaan dan didapati negatif.

Bagaimanapun katanya, selepas berada beberapa hari di dalam kapal, mereka didapati positif, setakat ini semua kru terbabit tidak mengalami sebarang simptom.

“Insya-Allah selepas 10 hari mereka akan menjalani ujian PCR dan jika negatif mereka akan dibenarkan keluar,” katanya seperti ya ng dilaporkan Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media melepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihaknya belum dapat memastikan bagaimana kru KD Mahawangsa itu dijangkiti virus Covid-19.

“Seperti kita tahu, Covid-19 kini berada dalam komuniti, anak kapal ini dijangkiti virus berkenaan sebelum pergi belayar, mungkin ketika mereka berada di rumah atau ketika keluar membeli barang di kedai,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 Kebangsaan untuk membenarkan Kementerian Pertahanan mendapatkan bekalan vaksin secara terus daripada Pharmaniaga Berhad yang bertanggungjawab membotolkan vaksin jenama Sinovac.

Beliau berkata dengan kaedah itu, imuniti berkelompok bagi anggota tentera, kakitangan awam yang bekerja di Kementerian Pertahanan dan keluarga dapat dicapai dengan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here