Aksi lucah di IG: Polis buru Safiey Illias

0
1135
Tangkap layar sembang lucah dalam laman IG milik Safiey Illias

CYBERJAYA – Polis sedang mengesan pengusaha komestik kontroversi Safiey Illias selepas didapati membuat hantaran
lucah di Instagram (IG) bersama kanak-kanak di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekitar jam 1.29 petang semalam.

“Pada jam 9 pagi hari ini (Rabu) semasa pengadu (pensyarah) berada di rumah di Bangi, dia melihat pautam Instagram live milik ‘safieyillias94’ yang merupakan host bersama Instagram pipinatasha berpakaian menjolok mata.

“Siasatan polis mendapati host berkenaan melakukan perbuatan yang boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana melibatkan kanak-kanak bawah umur.

“Mereka juga menunjukkan aksi penggunaan vape kepada kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan polis itu, polis sedang mengesan suspek berkenaan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian atau saspek  menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, terus datang ke Ibu Pejabat Polis Kajang serta menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut.

“Polis telah membuka kertas siasatan dan sedang mempergiatkan tindakan memburu suspek Safiey Illias untuk membantu siasatan kami.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here