Alhamdulillah semua dalam keadaan baik- Ustaz Ebit Lew

0
401
Gambar terbaharu yang dikongsi Ustaz Ebit Lew di Facebooknya hari ini.

CYBERJAYA – Akhirnya pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kembali berkongsi perkembangan semasanya melalui hantaran terbaharu di laman sosial.

“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Ustaz Ebit langsung tidak mengemas kini laman sosial miliknya selepas berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu sekali gus menimbuklkan kerisauan para pengikutnya.

Semakan di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya sebelum ini mendapati kali terakhir Ustaz Ebit membuat hantaran adalah pada 27 Mei lalu.

Sebelum kini, Kementerian Luar memaklumkan sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai Ustaz Ebit yang dipercayai masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit. 

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

Ustaz Ebit berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here