‘Ambil barang makanan secara percuma pada yang hilang pendapatan’ – Coach Fadzil

0
836
Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berucap ketika majlis pembukaan Malakat Grocer Alam Damai baru-baru ini

CYBERJAYA – Prihatin dengan nasib mereka yang hilang pekerjaan dan pendapatan ketika pandemik Covid-19 melanda negara, pasar raya Malakat Grocer mempelawa untuk mengambil barangan makanan secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, mereka boleh mengambil barangan makanan tersebut secara percuma mengikut keperluan.

“Siapa yang hilang kerja dan tiada pendapatan, boleh datang ke mana-mana cawangan Malakat Grocer.

“Ambil makanan ikut keperluan. Percuma,” katanya laman Facebook miliknya hari ini.

Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil juga merupakan pengasas kepada Malakat Mall dan pusat pendidikan awal kanak-kanak, Brainy Bunch.

Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehingga kini pasar raya Malakat Grocer mempunyai sebanyak lapan cawangan yang mana tujuh di Lembah Klang dan satu di Malakat Mall Masjid Tanah, Melaka.

Lokasi lain Malakat Grocer ialah di Malakat Mall Cyberjaya; Taman Putra Perdana, Puchong; Taman Kosas dan Pandan Mewah, Ampang; Kota Warisan, Sepang; Alam Damai, Cheras dan Taman Greenwood, Gombak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here