Anak Malaysia sertai kelab bola sepak di Bosnia & Herzegovina

0
125

CYBERJAYA – Seorang pemain bola sepak negara dilaporkan sudah menyertai sebuah kelab divisyen satu Bosnia & Herzegovina, NK Zvijezda Gradacac.

Dalam satu paparan di Facebook, Adam dilaporkan menyertai pasukan itu pada 16 Jun lalu.

Menurut portal Malaysia Gazetta, Adam Hamid yang bermain di posisi bek kiri, menyertai kelab itu setelah setahun bermain bersama skuad U19 kelab FK IMT di Serbia.

“Gembira dapat menyertai NK Zvijezda Gradacac untuk musim 2021/22. Cabaran mengujakan menanti,” kata Adam dalam satu hantaran di media sosial.

Adam,20, dilaporkan memulakan kariernya selama empat tahun di sekolah bola sepak England dan pernah mewakili English College Hartpury.

Sementara itu, pasukan Zvijezda Gradacac menamatkan saingan Liga Pertama Persekutuan Bosnia & Herzegovina musim lalu dengan menduduki tangga kelima menerusi 48 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here