Anggota polis pilih Islam sebagai kehidupan baharu

0
1053
Muhammad Adam Benjamin Sering (kanan) melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Rompin, Mohd. Nabil Mohd. Fauzi (kiri) di IPD Rompin di Rompin Pahang baru-baru ini. -gambar Kosmo.

CYBERJAYA – Seorang anggota polis berasal dari Sri Aman, Sarawak yang bertugas di daerah Rompin, Pahang melafazkan dua kalimah syahadah selepas sekian lama tertanya-tanya mengenai kebenaran ajaran Islam.

Banyoung Sering atau nama muslimnya, Muhammad Adam Benjamin Sering, 38, menyempurnakan lafaz keimanan itu di hadapan Pegawai Jabatan Agama Islam Rompin, Mohd. Nabil Mohd. Fauzi di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin pada Jumaat lalu.

Menurutnya, keputusan untuk memeluk agama Islam itu dibuat selepas meneliti kesempurnaan ajaran agama Islam yang meliputi keseluruhan aspek kehidupan.

Adam Benjamin berkata, cara hidup umat Islam khususnya yang ditonjolkan oleh rakan-rakan sejawat dan masyarakat di sekelilingnya menjadi pencetus untuk dia mendalami agama Islam.

Misalnya sepanjang bulan Ramadan yang lalu, beliau menunaikan amalan berpuasa selama 30 hari diikuti dengan puasa enam pada bulan Syawal.

““Malam sebelum mengucap dua kalimah syahadah saya begitu teruja dan tidak dapat tidur selain ada rasa sedikit gementar menanti hari yang amat bermakna bagi saya itu.

“Selepas mengucap saya rasa sangat lega, rasa sangat disayangi, rasa kawan-kawan menyayangi saya dan wujud perasaan yang begitu tenang sekali,” katanya memetik laporan Kosmo Online hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here