AS akan umumkan pelan pemberian vaksin Covid-19 kepada dunia

0
36
JOE BIDEN

MARYLAND – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka akan mengumumkan pelan vaksinasi tajaan negaranya, pada sidang Kemuncak G-7 nanti.

Menurut Reuters, Biden berkata demikian sebelum berlepas ke United Kingdom (UK) bagi menghadiri sidang tersebut.

“Saya ada sesuatu (pelan), dan saya akan umumkannya (kemudian),” kata Biden kepada wartawan sebelum menaiki pesawat Air Force One.

Sementara itu, dalam satu perkembangan berkaitan, akhbar The Washington Post melaporkan, saham Pfizer melonjak naik berikutan maklumat bahawa pentadbiran Biden akan membeli sebanyak 500 juta dos vaksin Covid-19 keluaran mereka.

Laporan itu turut menyebut, vaksin itu kemudiannya akan didermakan bagi proses vaksinasi di seluruh dunia.

Sebelum ini, Rumah Putih telah mengumumkan bahawa mereka akan mendermakan sekurang-kurangnya 80 juta dos vaksin sebelum akhir Jun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here