ATM patahkan cubaan PATI cuba bolosi sempadan negara

0
374
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada memasuki negara menggunakan jalan yang tidah sah, di Johor.

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), terdapat empat siri tangkapan dilakukan pada 7 dan 8 Jun, melibatkan 25 PATI.

GAMBAR IHSAN ATM

Dalam insiden pertama pada petang 7 Jun, kumpulan rondaan berjaya mengesan pergerakan sekumpulan individu yang mencurigakan di pesisir Pantai Sedeli Kecil.

“Susulan itu, satu pasukan tindak cepat (QRF) digerakkan dan hasil serbuan pada pukul 6.20 petang itu berjaya menahan 17 PATI,” kata 3 Div dalam satu kenyataan, hari ini.

Op penjejakan yang dilakukan kemudian membawa kepada tangkapan 2 lagi PATI di kawasan hutan sekitar kawasan berhampiran pada pukul 8.50 malam, manakala seorang lagi PATI berrjaya ditangkap pada pukul 3 pagi.

Siri tangkapan keempat bermula pada pukul 5.15 pagi semalam, apabila maklumat daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan anggota Pos Pemerhati memberitahu kewujudan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang menghampiri pesisir Pantai Hotel Emerald, Kg Punggai.

GAMBAR IHSAN ATM

“Bertindak atas maklumat tersebut, tim QRF sekali lagi melakukan serbuan pada pukul 5.45 pagi dan telah berjaya menangkap 5 PATI,” kata kenyataan itu lagi.

Walau bagaimanapun, bot yang digunakan telah berpatah balik.

Kesemua PATI yang ditahan adalah seramai 25 orang,yang terdiri daripada 16 lelaki dan 9 wanita berusia sekitar 21 hingga 46 tahun.

Pihak ATM turut merampas wang tunai dalam pelbagai matawang, telefon bimbit serta barangan kemas dengan nilai anggaran RM12,606.51.

Kesemua PATI yang ditahan kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Sg Rengit sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here