Bantuan lebih menyeluruh diumumkan esok atau Selasa

0
47
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh di bawah Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Berita gembira meliputi semua kumpulan rakyat di negara ini itu dijangka diumumkan esok atau pun Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian bantuan berkenaan merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan ekoran pelaksaan PKP penuh.

“Kita faham apabila di fasa begini dan seterusnya hinggalah ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan?

“Kumpulan B40 dan M40 dah tentu termasuk dalam pemberian moratorium, T20 juga ada (layak),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here