Bekalan darah di HRPZ II hanya bertahan tiga hari, sila tampil menderma

0
42
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)

KOTA BHARU – Bekalan darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kini semakin meruncing dan hanya mampu bertahan untuk tiga hari sahaja lagi.

Pengarahnya, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, orang ramai diminta tampil menderma bagi memastikan keperluan mendesak itu dapat diatasi segera.

Bagaimanapun katanya, pesakit Covid-19 diminta untuk tidak menderma darah sehingga tiga bulan pertama mereka bebas daripada pandemik berkenaan.

“Ini kerana mereka masih dalam proses pemulihan dan perlukan masa untuk kembali normal. Selepas tiga bulan, boleh buat pemeriksaan dan derma darah.

“Bagaimanapun, mereka yang telah mengambil vaksin boleh menderma darah seperti biasa. Datang ke HRPZ II dan kaunter kita buka sehingga malam.

“Apa yang penting, hubungi kami bagi mengelakkan kesesakan berlaku di sini,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Selasawati berkata, selain itu, kakitangannya turut terlibat sama dalam aktiviti menderma darah, selain mendapat kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here