
MANILA – Bekas presiden Filipina, Benigno Aquino III dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Kata Reuters, berita itu diumumkan oleh anggota keluarga mendiang dalam satu kenyataan.
Aquino, yang pernah menyandang jawatan presiden pada 2010 hingga 2016, sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital pada Khamis lepas.
“Dengan penuh rasa dukacita, saya mengesahkan bahawa adik saya, Benigno ‘Noynoy’ Aquino III meninggal dunia ketika dalam tidur,” kata Pinky Aquino Abellada.
“Kematian mendiang disahkan pada pukul 6.30 pagi (tadi) akibat penyakit renal yang disebabkan oleh diabetes,” katanya lagi.
Turut dikenali sebagai ‘Noynoy’, Aquino merupakan anak kepada dua ikon demokrasi Filipina, Senator Benigno Aquino Jr., dan Corazon Aquino yang pernah menjadi presiden dari 1986 hingga 1992.