Benarkan pelanggan ‘dine in’, elak kedai makan dan restoran gulung tikar

0
292
Warga Brainy Bunch menjamu selera di Bunch-Oh. (gambar sebelum PKP 3.0)

CYBERJAYA – Kerajaan diminta memberi pertimbangan untuk membenarkan pelanggan untuk makan di kedai atau ‘dine in’ sekurang-kurang dua orang ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, kelonggaran itu diyakini dapat memberi pengusaha kedai makan dan restoran ruang ‘bernafas’.

Abdul Aziz Juhari

Abdul Aziz berkata, ketika ini boleh dikatakan hampir semua pengusaha kedai dan restoran berdepan masalah walaupun telah diberikan kebenaran beroperasi sehingga 10 malam.

“Perlu ingat bukan semua kedai makan dan restoran ada tawarkan perkhimatan ‘delivery’, apabila kerajaan beri kelonggaran untuk ‘dine in’, ia pasti suatu yang ditunggu-tunggu.

“Kita sambut baik apabila diberikan peluang untuk beroperasi sehingga pukul 10 malam. Bagaimanapun, kerajaan juga perlu fikirkan implikasinya dalam keadaan sekarang.

Benarkan pelanggan ‘dine in’, elak pengusaha kedai makan gulung tikar

“Kena fikirkan pertambahan kos termasuk untuk membeli barangan dan juga untuk pembayaran gaji pekerja. Sedangkan pelanggan tidak ramai jika tidak ‘dine in’,” katanya.

Untuk rekod, bermula hari ini kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 10 malam berbanding sebelum ini 8 pagi hingga 8 malam.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, sesuatu yang perlu diakui buat masa sekarang ialah banyak kedai makan dan restoran ‘gulung tikar’ kerana berdepan masalah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau amat berharap kerajaan dapat memberikan kelonggaran untuk pelanggan ‘dine in’ seperti yang dilakukan kerajaan negeri Sabah.

Hari ini, kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai esok.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here