Bomoh ‘WFH’ kantoi lakukan aktiviti pemujaan selepas terdapat aduan berlaku ‘kebakaran’

0
561
Cahaya api yang menjadi punca terbongkarnya aktiviti pemujaan seorang lelaki. Gambar media sosial

GEORGETOWN – Pasukan bomba yang datang untuk membantu memadamkan satu kebakaran di sebuah kondominium di Persiaran Bukit Gambir, Gelugor, di sini terkejut apabila mendapati kediaman itu dijadikan sebagai lokasi pemujaan sihir.

Kegiatan yang dilakukan oleh seorang lelaki itu terbongkar selepas orang awam membuat aduan terlihat cahaya api di tingkat 31 di kondominium itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 pagi, Selasa lalu dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak ke lokasi sejurus menerima panggilan.

Namun, katanya, sebaik bomba tiba, didapati tidak berlaku kebakaran sebaliknya cahaya api berkenaan tercetus akibat aktiviti pemujaan.

“Ketika bomba tiba, terdapat bau asap namun tiada kebakaran berlaku dan anggota membuka pintu menggunakan peralatan khas.

“Didapati seorang lelaki berusia 23 tahun sedang melakukan aktiviti pemujaan di dalam rumah itu,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Lelaki awal 20an itu ditahan polis untuk siasatan lanjut

Terdahulu tular beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki keturunan Melayu ditahan selepas rumah yang dijadikan aktiviti pemujaan dan sihir itu terbakar.

Turut dijumpai beberapa peralatan pemujaan dan gambar-gambar mangsa sihir.

Pasukan penyelamat yang datang untuk membantu memadamkan kebakaran selepas menerima aduan orang ramai terkejut apabila kediaman itu dijadikan lokasi pemujaan.

Dalam pada itu, menurut jurucakap itu, lelaki awal 20an itu kemudiannya diserah kepada polis bagi tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Ya, polis ada terima laporan berkenaan,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Berita Harian, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here