Brunei sumbang kelengkapan perubatan bernilai RM1.7 juta kepada Malaysia

0
50
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

CYBERJAYA – Brunei Darussalam akan menyumbang alat bantuan pernafasan dan alat ujian Reverse Transcripte-PolymeraseChain Reaction (RT-PCR)  bernilai RM1.7 juta untuk Malaysia dalam usaha negara memerangi wabak penyakit itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan itu dimaklumkan oleh Menteri Luar Negeri II Brunei Darussalam, Datuk Seri Erywan menerusi satu perbualan telefon sebentar tadi.

Katanya, kesemua peralatan itu akan ditempatkan di hospital kerajaan di Labuan, Sabah dan Sarawak.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerajaan Brunei Darussalam atas keprihatinan ini.

“Brunei antara negara terawal yang bekerjasama dengan Malaysia sejak pandemik melanda tahun lalu. Inilah lambang keakraban kedua-dua negara – saya dan Datuk Erywan akan pastikan hubungan baik ini terus dipelihara sebaiknya. Terima kasih Brunei,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Hishammuddin berkata, dalam perbualan itu, kedua-dua pihak turut menyentuh tentang pelaksanaan lima konsensus yang dicapai semasa Mesyuarat Pemimpin ASEAN April lalu berhubung ASEAN-Myanmar.

Katanya, antara perkara yang ditekankan ialah mengenai mandat dan pelantikan utusan khas ASEAN serta garis masa yang relevan untuk melaksanakannya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here