Bunch-Oh, Burger Boy diktiraf Gred A

0
146
Muzamir Ismail menerima sijil penggredan A bagi outlet Bunch-Oh dan Burger Boy.

CYBERJAYA – Dua outlet makanan dan minuman (F&B) kumpulan Malakat Eco iaitu Bunch-Oh dan Burger Boy mendapat pengiktirafan Gred A bagi kebersihan premisnya di Malakat Mall, di sini.

Pengurus F&B Malakat Food Sdn Bhd, Muzamir Ismail berkata, penetapan kategori ‘Amat Bersih’ itu merujuk kepada jumlah markah kebersihan premis yang dinilai daripada pemeriksaan pada Jumaat lalu.

“Syukur alhamdulillah, kedua-dua premis F&B kami iaitu Bunch-Oh dan Burger Boy mendapat gred A hasil daripada pemeriksaan mengejut pegawai-pegawai kesihatan Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

“Bagi Burger Boy, ini adalah penggredan kali pertama sejak mula beroperasi baru-baru ini. Manakala bagi Bunch-Oh, ia adalah pengiktirafan kategori A kali kedua berturut-turut” katanya kepada Malakat Tribune.

Burger Boy yang merupakan antara jenama terbaru Malakat Food Sdn Bhd.

Menurut Muzamir, pemeriksaan yang dilakukan oleh 6 pegawai dan anggota bahagian kesihatan MPS mendapati kedua-dua premis layak mendapat Gred A atas faktor kebersihan persekitaran, pengurusan makanan, tandas dan kemudahan.

“Insya-Allah kami akan cuba mengekalkan standard kebersihan ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, MFSB meletakkan penanda aras yang tinggi pada aspek kebersihan di semua outlet perniagaannya.

“Sebagai jenama pusat beli belah yang dibangunkan atas platform ekosistem Islam, kami bukan sahaja memberi jaminan halal, bahkan juga kebersihan.

“Kami harap pengiktirafan ini dapat memberi kepercayaan kepada pelanggan kami,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here