China komited bantu ASEAN hadapi Covid-19

0
23
WANG YI

BEIJING – China hari ini menyatakan komitmen akan terus membantu negara-negara Asia Tenggara dalam menghadapi gelombang penularan Covid-19.

The Guardian melaporkan, perkara itu ditegaskan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam ucapannya pada mesyuarat khas menteri luar sempena ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China.

Beliau berkata, setakat ini China telah menyumbangkan sebanyak 100 juta dos vaksin kepada negara-negara ASEAN, termasuk bantuan teknikal dan barangan.

“China akan terus bekerjasama dengan negara ASEAN bagi mengatasi pandemik ini dengan segera,” kata Wang dalam ucapannya.

Beliau menambah, China akan menyegerakan penubuhan badan Inisiatif Kerjasama Kesihatan Awam China-ASEAN dan terus memberikan sokongan terhadap inisiatif Simpanan Barangan Perubatan Kecemasan ASEAN.

Wang pada masa yang sama turut mencadangkan penubuhan satu panel pakar bagi mengukuhkan kerjasama sepanjang proses vaksinasi, daripada peringkat kajian hingga ke penggunaan, dan bekerjasama mewujudkan rantaian industri pemprosesan hingga ke pusat pengedaran bagi memastikan bekalan vaksin dapat dihasilkan dengan murah dan boleh diakses oleh semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here