Coach Fadzil kongsi punca kegagalan perniagaan

0
104
Pengasas Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim.

CYBERJAYA – Faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan sesebuah perniagaan seringkali berpunca daripada ketidakupayaan usahawan untuk merancang dan meletakkan hala tuju dalam perniagaan.

Atas sebab itu, kajian mendapati hampir 80 peratus usahawan yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan berakhir dengan kegagalan walhal perkara itu dapat diatasi sekiranya usahawan dapat merancang, meletakkan sasaran dan mendapat bimbingan yang betul.

Pengasas Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, ramai yang berpendapat bahawa kegagalan perniagaan berpunca kelemahan usahawan yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang yang diusahakan.

Sedangkan katanya, perkara itu bukanlah satu-satunya punca kerana ramai tokoh dalam bidang korporat yang membuktikan kejayaan dalam bidang perniagaan yang tidak mereka kuasai sepenuhnya.

Namun perkara paling asas yang perlu dikuasai adalah kebolehan untuk merancang perniagaan dan mendapatkan bimbingan daripada mereka yang pakar.

“Hampir 95 peratus usahawan yang saya jumpa tidak ada perancangan dalam perniagaan mereka dan saya rasa kebanyakan memang tidak tahu untuk merancang.

“Manakala 20 peratus lagi mungkin tahu untuk merancang teapi tidak merancang apa-apa untuk perkembangan perniagaan mereka,” katanya dalam sesi Live Facebook hari ini.

Mohd Fadzil berkata, perancangan merupakan aspek paling penting dalam perniagaan kerana tanpanya usahawan tidak akan mempunyai hala tuju dan mudah lari dari matlamat yang ingin dicapai.

“Apa yang kita perlukan adalah satu roadmap perniagaan. Analogi yang saya biasa gunakan mudah sahaja iaitu kalau kita mahu pergi ke Pulau Pinang, kita mesti tahu di mana kita berada dan laluan mana kita perlu ikut,” katanya.

Beliau berkata, selain kegagaanl merancang dan tidak meletakkan sasaran, usahawan juga kerap dibuntukan oleh halangan untuk berkembang kerana tidak mempunyai prinsip ‘Big Why‘.

Big Why katanya membolehkan seseorang usahawan untuk sentiasa bermotivasi dengan bekerja lebih keras, menjadi lebih pintar dan sentiasa memikirkan peluang dan batasan untuk berkembang.

“Big Why ini sangat penting sebab bila tiada faktor ini, tiadalah matlamat yang besar untuk dicapai. Mungkin kerana mereka selesa dengan pencapaian yang sedikit,” katanya.

Bagaimanapun katanya, situasi atau kemelut yang dialami oleh usahawan itu sesuatu yang sangat difahaminya kerana kebanyakan daripada mereka ‘berjuang’ secara bersendirian.

“Ramai usahawan yang lonely, jika ada rakan kongsi pun, setakat itu sahaja. Mereka tidak dibantu, bahkan oleh kakitangan atau pekerja sendiri. Lama-kelamaan ini menjadi penghalang dan punca kebuntuan untuk bergerak lebih jauh,” katanya.

Menyedari hakikat itu, Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil meletakkan satu lagi faktor penting dalam kejayaan berniaga iaitu menerima khidmat bimbingan atau ‘coaching’.

Keperluan coaching katanya amat penting untuk usahawan melihat sejauh mana pencapaian mereka dalam roadmap perniagaan dan mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Di Amerika Syarikat dan Eropah, industri bisnes coaching ini cukup rancak kerana ia membantu usahawan melihat apa yang mereka tidak dapat lihat. Tapi kita di sini macam masih kurang keperluan seperti itu.

“Seorang coach yang baik akan mengajar apa yang kita perlu belajar. Contohnya, apa teknik yang betul, struktur dan cara berfikir yang betul,” katanya.

Mengambil kira faktor-faktor itu, beliau menyeru usahawan di negara ini bersatu di atas satu platform yang dapat bersama-sama mengatasi masalah itu.

Mohd. Fadzil Hashim berkongsi ilmu dan pengalaman pada Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam di Kampus Brainy Bunch, Cyberjaya, tahun lalu.

Sasaran beliau adalah untuk menyatukan 1 juta usahawan yang dapat menjana pendapatan sekurang-kurang RM50,000 sebulan melalui bimbingan bersama.

“Tiga asas utama yang cuba kita terapkan adalah prinsip 3M iaitu untuk mendidik, membimbing dan membantu kumpulan 1 juta usahawan ini.

“Sebagai permulaan, mungkin kita boleh kumpul 1,000 usahawan yang betul-betul komited belajar dan menerima bimbingan dari kami.

“Jom bersama saya, kumpulan Malakat Eco untuk sama-sama bina perniagaan yang tidak gagal dan pada masa yang sama dapat bina ekosistem ekonomi Islam dan kehidupan yang baik untuk dunia dan akhirat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here