Covid-19: 30 kluster baharu dilaporkan, 10 daripadanya sektor perkilangan

0
152
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 30 kluster baharu dengan 18 daripadanya merupakan kluster tempat kerja dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 18 kluster itu 10 daripadanya membabitkan sektor perkilangan.

Beliau berkata, bakinya melibatkan kluster komuniti dan pendidikan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan majikan untuk sentiasa memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap posedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, tujuh kluster lagi membabitkan komuniti di Sabah, Kelantan dan Pahang.

Selain itu, terdapat satu kluster pendidikan membabitkan sebuah institusi pengajian tinggi di Behrang, Perak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here