Covid-19: 5,304 kes baharu dilaporkan

0
34

CYBERJAYA – Tren pertambahan kes positif baharu Covid-19 semakin menunjukkan penurunan apabila sebanyak 5,304 kes Covid-19 dilaporkan hari ini di seluruh negara.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini kepada 675,508 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor masih kekal menjadi negeri yang paling tinggi mencatatkan kes harian iaitu sebanyak 1,973 kes, diikuti Sarawak dengan 544 kes, dan Kuala Lumpur dengan 462 kes.

Perlis merupakan negeri mencatatkan kes harian paling kurang iaitu 5 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here