
CYBERJAYA – Sebanyak 5,911 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.
Kata Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara adalah sebanyak 691,115 kes.

Selangor masih menjadi negeri dengan kes harian tertinggi dilaporkan, iaitu sebanyak 2,111 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 770 kes, dan Sarawak dengan 569 kes.
Hanya Perlis menjadi negeri tunggal dengan tidak melaporkan sebarang kes baharu.