Covid-19: Angka kes baharu hampiri 6,000 hari ini

0
38

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 di dalam negara bertambah sebanyak 5,812 kes pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 722,659 kes.

Selangor masih mengatasi negeri-negeri lain dengan mencatat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,187 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kedua tertinggi dengan 771 kes, diikuti Sarawak dengan 673 kes.

Hanya Perlis menjadi negeri tunggal yang tidak mencatat sebarang pertambahan kes, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here