‘Covid-19 bakal menjadi punca kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung’ – Dr. Adeeba

0
249
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kajian oleh Institute for Health Metric and Evaluation (IHME) dari Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) menjangkakan jumlah kematian akibat Covid-19 di dalam negara mungkin mencecah 26,000 menjelang September.

Dapatan itu adalah berdasarkan trajektori semasa, kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Prof, Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar pada satu program yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian.

Kata Dr. Adeeba lagi, kajian yang sama turut menganggarkan angka kes kematian harian akan mencecah hingga 200 kes menjelang akhir Ogos.

“Covid-19 bakal menjadi punca kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung,” kata Dr. Adeeba.

IHME dalam laman webnya menyatakan, anggaran yang dilaporkan itu mengambil kira enam pendorong perubahan kematian yang berlaku sejak bermulanya pandemik itu.

Ini termasuk jumlak keseluruhan kematian yang berkait langsung dengan jangkitan Covid-19, peningkatan kes kematian akibat penangguhan penjagaan kesihatan, pertambahan kematian disebabkan peningkatan gangguan kesihatan mental, dan jumlah kematian yang menurun kerana kes kecederaan turut menurun disebabkan sekatan pergerakan.

Dr. Adeeba yang juga merupakan Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia berkata, usaha memerangi Covid-19 memerlukan penglibatan semua terutamanya rakyat, berikutan sekatan pergerakan yang dilaksanakan adalah umpama medan perang yang sangat penting.

“Kita sepatutnya melihat perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk berfikir, buat rancangan stratyegik dan atur semula.

Buat rancangan yang benar-benar boleh dibawa ke hadapan sementara menunggu pelaksanaan vaksin sepenuhnya. Saya tidak fikir kita mampu menghadapi PKP 5.0 pula,” tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here