Covid-19: Kes baharu bawah 5,000 hari ini

0
29
Seorang kakitangan melakukan ujian saringan Covid-19 dalam program saringan Covid-19 kepada semua pekerja Malakat Mall baru-baru ini.

CYBERJAYA – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 hari ini mencatatkan angka bawah 5,000 apabila sebanyak 4,949 kes dilaporkan.

Ketua Pengrah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kumulatif kes di Malaysia ialah 662,457.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi dengan 1,523 kes dan diikuti Sarawak 744 kes dan Kuala Lumpur 503 kes.

“Seterusnya, Johor (430 kes), Negeri Sembilan (323 kes), Sabah (273 kes), Pulau Pinang dan Kelantan(masing-masing 214 kes), Kedah (199 kes), Perak (136 kes), Melaka (119 kes) dan Labuan (113 kes).

“Terengganu pula dengan 86 kes, Pahang sebanyak 61 kes manakala, Putrajaya dengan 10 kes dan Perlis merekodkan satu kes,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here