Covid-19: Kes baharu kembali melebihi 6,000

0
28
sanitasi
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Situasi Covid-19 belum menunjukkan tanda akan reda apabila sebanyak 6,437 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 745,703 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor menyumbang angka kes harian tertinggi dengan 2,299 kes, diikuti oleh WP Kuala Lumpur dengan 1,361 kes, dan Negeri Sembilan dengan 700 kes.

Hanya Perlis menjadi negeri tunggal yang tidak melaporkan sebarang kes baharu, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here