Covid-19: Kes baharu masih di atas 6,000

0
7

CYBERJAYA – Buat hari kedua berturut-turut, jumlah kes baharu Covid-19 di dalam negara melebihi 6, 000 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pada hari ini sebanyak 6,276 kes dilaporkan di seluruh negara.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 751,979 kes.

Selangor kekal mendahului kes harian tertinggi dengan 2,836 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 625 kes, dan Negeri Sembilan dengan 644 kes.

Hanya Perlis melaporkan kes dalam satu digit apabila sebanyak 5 kes baharu dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here