
CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 sedikit meningkat pada hari ini dengan pertambahan sebanyak 295 kes berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,566 kes dilaporkan hari ini berbanding semalam iaitu sebanyak 5,271.
Beliau berkata, dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan kes kumulatif ialah 627,652 kes setakat hari ini.
Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,524 (205,044)
Sabah – 350 (64,556)
Kuala Lumpur – 466 (63,838)
Johor – 456 (62,354)
Sarawak – 707 (52,581)
Pulau Pinang – 185 (31,091)
Negeri Sembilan – 505 (31,048)
Kelantan – 204 (30,687)
Perak – 225 (22,828)
Kedah – 148 (20,794)
Melaka – 314 (14,023)
Pahang – 157 (10,982)
Terengganu – 106 (10,094)
Labuan – 191 (5,152)
Putrajaya – 27 (2,041)
Perlis – 1 (539)
Sejak beberapa hari lalu kes baharu Covid-19 yang dilaporkan mula menunjukkan penurunan yang positif selepas seminggu perintah lockdown penuh dilaksanakan di seluruh negara.
Malah, kes baharu di Selangor juga semakin turun apabila buat pertama kali kes dilaporkan adalah di bawah 2,000 selepas berminggu-minggu melaporkan kes melebihi angka tersebut.-MT