Covid-19 : Penularan meningkat dengan angka 8,209 kes

0
51
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes harian positif Covid-19 di dalam negara sejak 24 jam yang lalu kembali meningkat dengg 8,209 kes berbanding jumlah yang direkodkan semalam iaitu 7,703.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan jumlah itu
menjadikan jumlah kes kumulatif positif Covid-19 sebanyak 595,374 kes.

Selangor merekodkan kes tertinggi dengan angka melepasi 3,000 dengan 3,125, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 801 kes dan Johor sebanyak 752 kes.

“Seterusnya, Sarawak (594 kes), Negeri Sembilan (576 kes), Kelantan (414 kes), Perak (384 kes), Kedah (373 kes), Melaka (322 kes), Pulau Pinang (303 kes), Sabah (203 kes), Pahang (135 kes) dan Terengganu (127 kes).

“Labuan pula sebanyak 62 kes manakala, Putrajaya sebanyak 33 kes dan Perlis dengan lima kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Statistik yang dikongsikan Dr. Noor Hisham hari ini.

Semalam negara menyaksikan kes kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 126 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here