Covid-19: Universiti Oxford kaji keberkesanan ivermectin

0
138

LONDON – Universiti Oxford semalam mengumumkan pihak mereka sedang melakukan kajian terhadap ubat anti-parasit ivermectin bagi digunakan ke atas pesakit Covid-19.

Menurut laporan Reuters, kajian yang dinamakan sebagai PRINCIPLE itu disokong oleh kerajaan British dan turut melibatkan kajian ke atas bahan ubatan lain.

“Dengan menambah ivermectin sebagai satu bahan ujikaji di bawah PRINCIPLE, kami berharap dapat mengumpulkan data klinikal bagi memastikan keberkesanan ubat ini.

“Pada masa yang sama, data yang diperoleh akan dapat mengenal pasti jika penggunaan ivermectin lebih mendatangkan manfaat atau mudarat,” kata salah seorang pengkaji PRINCIPLE, Chris Butler.

Tambah universiti itu, individu yang menghidap penyakit hati kronik, sedang mengambil ubat menipiskan darah, atau mana-mana ubat yang dikenal pasti bereaksi terhadap ivermectin, dikecualikan daripada ujian itu.

Ivermectin merupakan bahan rawatan ketujuh yang dimasukkan di bawah ujian tersebut, dan akan dinilai bersama favipiravir.

Kajian PRINCIPLE pada Janurai lalu mendapati, antibiotik seperti azithromycin and doxycycline secara umumnya tidak berkesan dalam merawat pesakit Covid-19 yang berada dalam peringkat awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here