Covid-19: Varian Delta semakin dominan

0
84

LONDON – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) memaklumkan bahawa jangkitan Covid-19 varian Delta semakin menjadi varian yang paling dominan.

The Guardian melaporkan, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan dalam satu sidang akhbar, semalam.

“Varian Delta kini semakin menjadi dominan di seluruh dunia disebabkan ia amat mudah dijangkiti,” kata Swaminathan.

Dalam sidang akhbar yang sama, beliau memaklumkan ujian awal vaksin Covid-19 buatan firma Jerman, CureVac adalah mengecewakan.

Dalam ujian fasa pertama itu, vaksin itu hanya mempunyai keberkesanan sebanyak 47 peratus.

“Keputusan itu adalah amat mengecewakan,” tambah Swaminathan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here