Dari gerai murtabak tepi jalan ke gedung pasar raya utama

0
206
Shamsul Shah Sulaiman bersama isteri, Atika Ramli menunjukkan sebahagian daripada produk makanan RTE keluaran Tishas Food Manufacturing Sdn Bhd.

BERBEKALKAN modal yang dikumpul daripada jualan murtabak secara kecil-kecilan di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, perniagan makanan yang diusahakan Shamsul Shah Sulaiman sejak 9 tahun lalu kini berkembang kepada lebih 40 produk.

Kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil kegigihan dan keazaman untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup selepas syarikat tempat beliau bekerja menamatkan operasi.

Tanpa pengalaman berniaga, anak jati Pulau Pinang itu bagaimanapun tidak mengambil masa yang lama untuk ‘memecut’.

Berbekalkan modal RM90,000 daripada perniagaan murtabak yang menggunakan resipi keluarganya, Shamsul melebarkan sayap perniagaan dengan mengasaskan Tishas Food Manufacturing Sdn. Bhd.

Diiringi doa dan sokongan isteri, Atika Ramli, syarikat itu kini menjadi antara pemain utama dalam pengeluaran makanan ‘ready to eat‘ atau RTE.

Antara produk keluaran Tishas Food adalah roti paratha, roti puri, roti boom. samosa, popia, karipap, durian goreng, ubi keladi, donut, ubi kentang berkeju dan banyak lagi.

Produk Tishas kini sudah menembusi pasaran di Giant, Mydin, Jusco, Lulu, Sogo, Village Grocer, B.I.G, ST Rosyam Mart, Sri Ternak, OTK, PDM dan pelbagai kedai halal mart seperti Azzain, Dr. Zainur, Barakah, Lesong Mart, Ramly Mart dan platform jualan talian seperti di Shopee, Jocom, Go Shop dan Lazada.

Terbaharu, syarikat itu melangkah ke satu tahap lebih tinggi dengan pengeluaran produk makanan sihat dan rendah karbohidrat yang dikenali sebagai Tishas Low Carb.

Lebih membanggakan, Tishas Food turut bekerjasama dengan dua jenama terkenal iaitu Dapur Kak Kek dan Asianketo untuk projek Tishas Low Carb.

Dapur Kak Kek merupakan jenama yang diusahakan oleh pelakon terkenal Catriona Ros manakala Asianketo oleh Puan Roslina, bekas pesakit kanser dan pengamal makanan rendah karbohidrat dan keto sejak lebih 8 tahun lalu.

Shamsul yang merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Tishas Food berkata, kerjasama itu membuka pasaran yang lebih luas bagi produk Tishas Low Carb sebagai produk makanan sihat.

Melalui produk yang baharu dilancarkan itu, beliau mensasarkan pelanggan yang mementingkan pengambilan makanan sihat khususnya untuk mereka sedang melawan penyakit kencing manis, barah dan darah tinggi.

Selain itu, Shamsul berkata, pihaknya juga menawarkan peluang pendapatan kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen dan stokis produknya dengan tawaran keuntungan sehingga 25 peratus.

“Kami mahu Tishas Low Carb ini bukan sahaja menjadi pilihan makanan tetapi memberi peluang perniagaan kepada individu yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Di sini kami memberi mereka peluang untuk mula berniaga sebagai ejen jualan Tishas dengan modal permulaan sebanyak RM50 sahaja,” katanya.

Shamsul ketika berniaga murtabak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, kira-kira 9 tahun lalu.
Shamsul ketika menerima lawatan tokoh korporat, Tun Dr. Abdul Daim Zainuddin.

Katanya, bagi memudahkan ejen dan pelanggan, laman web tishasfood.com.my menyediakan kemudahan e-dagang untuk membuat pembelian terus daripada sistem yang disediakan.

Melalui Central Management System (CMS), pihak menyediakan sistem pengurusan jualan kepada ejen dan stokis yang boleh diakses secara percuma.

Sistem ini juga menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan, menguruskan stok, invois, pembayaran, pesanan penghantaran dan point of sales (POS).

“Pendek kata, kami menyediakan semua kemudahan yang lengkap bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan dengan Tishas.

“Kami mengalu-alukan mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini, suri rumah dan yang berminat menambah pendapatan untuk menyertai rangkaian ejen jualan kami di seluruh negara,” tambahnya.

Maklumat lanjut mengenai produk dan ejen boleh didapati dari laman web, email [email protected] atau hubungi talian 017-8272372.

Maklumat mengenai produk keluaran Tishas Food Manufacturing Sdn Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here