Derma kilat: 100 peratus dana untuk biayai kos mahkamah, kebajikan rider

0
816
Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung dakwaan pihaknya membuat kutipan derma bagi membiayai wang ikat jamin terhadap lima penghantar makanan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, ini kerana Pembela tidak mempunyai apa-apa perkara yang ingin disembunyikan.

Malah, katanya, Pembela akan bersikap telus dengan semua pihak termasuk pihak polis yang telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjalankan siasatan.

“Semasa sebelum prosiding reman salah seorang dari yang direman memaklumkan kepada peguam bahawa jika dituduh mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan wang jaminan.

“Pembela telah dihubungi oleh pihak Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) untuk membantu ahlinya. Oleh kerana itu, kami berasa terpanggil untuk membantu melepaskan rider ini yang mana dijangka memerlukan wang jaminan sekitar RM3,000-RM4,000 seorang jika dituduh di mahkamah kelak. Ini merupakan anggaran berdasarkan prosedur biasa, menurut peguam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu polis meminta orang ramai berhati-hati terhadap sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip derma untuk membiayai ikat jamin tersebut.

Seorang lelaki dibawa ke balai polis oleh orang ramai selepas didakwa menghina nama Allah

Menurut polis ini kerana tiada sebarang wang ikat jamin dikenakan bagi ikat jamin terhadap Orang Kena Tangkap (OKT).

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, prihatin di atas nasib penghantar makanan tersebut, pihaknya telah mengambil initiatif untuk menyalurkan kutipan tersebut bagi membiaya wang ikat jamin jika dituduh di mahkamah kelak dan memerlukan bayaran wang ikat jamin.

Pada masa sama, katanya, wang itu juga akan digunakan untuk kos kerugian hilang pendapatan oleh rider berkenaan, bantuan kepada persatuan rider dan untuk menampung kebajikan keluarga rider yang terlibat.

Beliau berkata, bagi khidmat perundangan yang diberikan, pihaknya tidak mengenakan sebarang bayaran kerana ia dibuat secara percuma.

“Peguam-Peguam yang dilantik oleh Pembela semalam iaitu Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohd Tajuddin Abdul Razak telah menyatakan dengan jelas kepada Pembela bahawa mereka menjalankan khidmat ini secara pro bono dan tidak akan mengambil sebarang yuran perkhidmatan ataupun perbelanjaan dari mana-mana pihak.

“Pembela dimaklumkan rider tersebut dijangka dilepaskan dari tahanan reman hari ini dan pihak kami telah berhubung dengan wakil rider bagi menguruskan bantuan tersebut hasil dari kutipan yang dibuat,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pembela akan memaklumkan kepada rakyat akan perkembangan bantuan itu dari masa ke masa bagi menjamin ketelusan dan integriti pihaknya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here