Dua gol Lukaku bantu Belgium benam Rusia

0
46
Gol kedua Belgium dijaringkan oleh pemain Munier (kanan sekali).

ST PETERSBURG, Rusia – Belgium menepati ramalan awal apabila berjaya mengenepikan cabaran Rusia pada perlawanan kejohanan Euro 2020 di Gazprom Arena, sebentar tadi.

Tampil selaku salah satu pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini, Belgium berjaya mengalahkan Rusia 3-0 sekaligus meletakkan mereka di puncak kedudukan Kumpulan B.

Gol-gol Belgium dijaringkan oleh Romelu Lukaku (min. 10,88), dan Thomas Munier (min. 34).

Dalam perlawanan itu, Lukaku turut mendedikasikan gol jaringannya kepada kapten Denmark, Christian Eriksen yang kini sedang dirawat di hospital setelah tiba-tiba rebah dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B yang dimainkan terlebih dahulu di Copenhagen, Denmark.

Untuk rekod, Lukaku merupakan rakan sepasukan Eriksen di kelab Inter Milan di Itali.

Susulan kejadian itu, perlawanan dihentikan seketika, namun disambung semula berikutan permintaan daripada kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan tersebut, Finland berjaya menewaskan Denmark 1-0.

Gol kemenangan Finland, yang pertama kali beraksi dalam kejohanan itu dijaringkan oleh Joel Pohjanpalo pada minit ke-58.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here