DUN Selangor akan bersidang 23 Ogos ini

0
20
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 23 Ogos depan.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, Sultan Sharafuddin juga berkenan untuk berangkat bagi merasmikan istiadat pembukaan sidang DUN pada tarikh berkenaan.

“Saya sudah menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dengan mencadangkan tarikh pembukaan DUN Selangor pada 23 Ogos depan.

“Perkara ini juga adalah hasil perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Surat itu dihantar kepada Sultan Selangor pada 23 Jun lalu,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Ng Suee Lim

Beliau berkata Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menghantar surat jawapan menyatakan baginda berkenan untuk pembukaan DUN Selangor pada 23 Ogos depan.

Suee Lim berkata, persidangan pertama DUN Selangor penggal ke-14 itu bakal berlangsung bagi tempoh 23 Ogos sehingga 3 September.

“Pada pembukaan persidangan itu baginda juga berkenan menyampaikan titah ucapan dan akan dibahaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari kedua persidangan,” katanya.

Bagaimanapun Suee Lim berkata, perkara itu bergantung kepada situasi semasa Ordinan Darurat yang berakhir pada 1 Ogos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here