Enam buah pusat vaksin pandu lalu akan diwujudkan – Ismail Sabri

0
58

KUALA LUMPUR – Enam buah pusat vaksin pandu lalu akan diwujudkan di kem-kem angkatan tentera seluruh negara.

Kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, buat masa ini, pusat itu akan diwujudkan dahulu di Kem Sungai Besi.

“Cadangannya, kita akan wujudkan pusat-pusat itu di dalam kem.

“Kita akan selesaikan proses vaksin anggota dan keluarga mereka, dan kemudiannya buka kepada kepada orang awam,” kata Ismail Sabri pada sidang akhbar Pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 ATM di Hospital Angkatan Tentera (HAT) TUanku Mizan, hari ini.

Ismail Sabri menambah, pusat yang akan dibuka itu mampu menampung antara 1,000 hingga 2,000 penerima vaksin sehari.

“Ini merupakan salah satu daripada usaha kami dalam membantu meningkatkan kadar penerima vaksin dan memenuhi sasaran kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok,” tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here