Era Netanyahu tamat

0
183
Perdana Menteru baharu Israel, Bennet sedang berucap di Knesset.

TEL AVIV – Era Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel tamat dengan rasminya apabila pakatan Yair Lapid dan Naftali Bennett berjaya memenangi undi majoriti di parlimen, Knesset, sebentar tadi.

Times of Israel melaporkan, Bennet sudahpun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu, sekaligus menamatkan era Netanyahu selama 12 tahun.

Daripada 120 ahli Knesset, 60 undi menyokong kerajaan baharu itu, manakala 59 lagi menentang.

Menurut undang-undang Israel, hanya majoriti mudah diperlukan bagi memenangi undian tersebut.

Menurut perjanjian kerjasama yang yang dimeterai, Bennet akan memegang jawatan itu selama 2 tahun, sebelum diambil alih oleh Lapid yang buat masa ini memegang jawatan Menteri Luar.

Sementara itu, ribuan penyokong kerajaan baharu meraikan kemenangan mereka membentuk kerajaan dan menjatuhkan Netanyahu di Dataran Rabin di Tel Aviv.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here