Eriksen mungkin terpaksa tinggalkan Serie A

0
234

LONDON – Pemain Denmark, Christian Eriksen berkemungkinan besar tidak akan dapat bermain bola sepak secara professional dalam liga Itali lagi.

Pendapat itu diutarakan oleh seorang pakar kardiologi di United Kingdom (UK), kata The Daily Mail.

Menurut Dr. Scott Murray, peluang untuk Eriksen kembali bermain secara profesional adalah amat tipis, berikutan peraturan ketat Serie A yang melarang pemain yang mempunyai masalah jantung daripada beraksi.

Untuk rekod, Eriksen mempunyai kontrak dengan pasukan Inter Milan sehingga 2024.

“Apa yang berlaku mungkin menjadi penamat karier beliau (dalam liga Itali).

“Di Itali, wujud undang-undang yang menghalang individu yang mempunyai masalah jantung daripada beraksi (secara profesional),” kata Drt. Murray.

Beliau menambah, kewujudan undang-undang tersebut telah berjaya mengurangkan kadar kematian akibat serangan jantung ketika acara sukan dari 3 peratus kepada bawah 1 peratus.

Eriksen, malam tadi, rebah dengan tiba-tiba ketika dalam perlawanan Euro 2020 menentang Finland.

Beliau terpaksa diberi bantuan pernafasan oleh pihak perubatan, dan kemudiannya dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut di mana beliau kini berada dalam keadaan sedar dan stabil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here