Eriksen sudah dibenarkan keluar dari hospital

0
57

COPENHAGEN – Pemain Denmark, Christian Eriksen sudah dibenarkan keluar dari hospital setelah menjalani pembedahan memasang alat ‘penghidup jantung’ (ICD).

Menurut laporan Sky News, keputusan memasang alat itu dibuat setelah ‘beberapa ujian dilakukan’, dan Eriksen sendiri ‘menerima cadangan itu’.

“Selepas menjalani beberapa ujian jantung, keputusan dibuat untuk memasang ICD.

“Alat itu perlu dipasang selepas (Eriksen) menggalami serangan jantung akibat gangguan ritma (degupan),” kata doktor pasukan Denmark, Morten Boesen.

Eriksen mengalami serangan jantung ketika perlawanan Kejohanan Euro 2020 menentang Finland 6 hari lalu.

Pemasangan ICD bukan baharu. Antara pemain bola sepak yang turut ‘memakai’ alat itu adalah rakan sepasukan Eriksen di Ajax Amsterdam, Daley Blind yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini mewakili Belanda.

Beliau mula dipasang dengan ICD sejak 2019 setelah didapati menghidap keradangan pada otot jantungnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here