
AMSTERDAM – Seperti dijangka, Belanda langsung tidak berhadapan masalah mengenepikan cabaran Macedonia Utara dalam perlawanan terakhir Kumpulan C Kejohanan Euro 2020, sebentar tadi.
Dalam perlawanan di Arena Johan Cruijff itu tadi, Belanda menang 3-0, dengan gol hadir menerusi jaringan Memphis Depay (min. 24), dan Georginio Wijnaldum (min. 51, 58).

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan yang diadakan serentak di Arena Nasional Bucharest di Romania, Austria berjaya menewaskan Ukraine 1-0.
Gol kemenangan Austria dijaringkan oleh Christoph Baumgartner pada minit ke-21.
Keputusan ini bermaksud, Belanda dan Austria layak ke pusingan kalah mati selaku juara dan naib juara Kumpulan C, dengan lawan Belanda masih belum ditentukan lagi, manakala Austria akan menentang juara Kumpulan A, Itali pada 27 Jun nanti.