Euro 2020: Belanda ketepikan cabaran Ukraine

0
51
Pemain Belanda, Frenkie de Jong cuba melarikan bola dariapda asakan pemain Ukraine.

AMSTERDAM – Belanda berjaya mengenepikan cabaran Ukraine dalam perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020 sebentar tadi.

Pasukan dengan jolokan The Oranje itu berjaya menewaskan Ukraine 3-2.

Perlawanan yang berlangsung di Arena Johan Cruyff itu berlangsung sengit, namun Belanda terlebih dahulu berjaya membuka tirai jaringan menerusi Georginio Wijnaldum pada minit ke-52.

Belanda kemudiannya berjaya menggandakan jaringan menerusi Wout Weghorst pada minit ke-59.

Walaupun ketinggalan, Ukraine tetap melancarkan asakan ke atas gol Belanda, dan berhasil mendapatkan dua gol menerusi Andriy Yarmolenko pada minit ke-75 dan Roman Yaremchuk pada minit ke-79.

Rembatak kencang Yarmolenko berkaya menewaskan penjaga gol belanda, Maarten Stekelanburg untuk gol pertama Ukraine.

Namun, pada minit ke-85, pemain pertahanan Belanda, Denzel Dumfries berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan Ukraine untuk menanduk masuk bola hasil lambungan rakan sepasukan Nathan Ake.

Untuk rekod, gol Dumfries merupakan gol antarabangsa pertama peribadinya setelah 20 kali penampilan dalam pasukan kebangsaan.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan C yang dimainkan terlebih dahulu di Bucharest, Romania, Austria berjaya menewaskan Macedonia Utara dengan keputusan 3-1.

Gol-gol Austria dijaringkan oleh Stefan Lainer (min. 18), Michael Gregoritsch (min. 78) dan Marko Arnautović (min. 89), manakala gol tunggal Macedonia Utara dijaringkan oleh Goran Pandev pada minit ke-28.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here