Euro 2020: Denmark iringi Belgium ke pusingan seterusnya

0
76
Pasukan Belgium berkumpul di padang sebelum perlawanan menentang Finland, sebentar tadi.

COPENHAGEN – Pasukan Denmark berjaya layak ke pusingan kalah mati Kejohanan Euro 2020 apabila berjaya mengutip 3 mata penuh selepas mengalahkan Rusia, sebentar tadi.

Dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan B itu yang berlangsung di Stadium Parken di Copenhagen, gol-gol Denmark hadir menerusi Mikkel Damsgaard (min. 38), Yussuf Poulsen (min. 59), Andreas Christensen (min. 79) dan Joakim Mæhle (min 82).

Pemain Denmark, Mikkel Damsgaard meraikan gol jarngannya ketika menentang Rusia, sebentar tadi.

Gol saguhati Rusia pula hadir menerusi sepakan penalti pemain penyerang, Artem Dzyuba pada minit ke-70.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan yang diadakan serentak di Saint Petersburg, Rusia, Belgium yang telahpun layak ke pusingan seterusnya, mengutip satu lagi kemenangan apabila berjaya mengalahkan Finland 2-0.

Gol Belgium hadir menerusi jaringan sendiri penjaga gol Finland, Lukas Hradecky pada minit ke-74, diikuti dengan jaringan oleh Romelu Lukaku pada minit ke-81.

Tamat perlawanan peringkat kumpulan, Denmark dan Finland terikat di kedudukan kedua, namun Denmark layak mara oleh kerana perbezaan gol.

Dalam pusingan kalah mati nanti, Denmark dijadualkan bertemu dengan Wales di Amsterdam pada 27 Jun, manakala lawan Belgium pada 28 Jun masih belum ditentukan lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here