
WEMBLEY – England hanya mampu seri tanpa jaringan ketika bertemu Scotland dalam perlawanan Kumpulan D Kejohanan Euro 2020, sebentar tadi.
Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Wembley itu tadi, Scotland perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang segala asakan England.
England, dengan jentera serangan diketuai oleh Harry Kane, gagal menemui penyudah yang diperlukan untuk membuka jaringan.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D yang diadakan terlebih dahulu antara Croatia dan Republik Czech, kedua-dua pasukan juga hanya mampu seri 1-1.

Dalam perlawanan yang diadakan di Hampden Park, Scotland itu, Republik Czech terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Patrik Schick pada minit ke=37.
Croatia kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-47 menerusi jaringan Ivan Perišić.
Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 23 Jun nanti, England akan bertemu Republik Czech, manakala Scotland akan bertemu Croatia.