Euro 2020: England juarai Kumpulan D, berhadapan tugas getir dalam pusingan kalah mati

0
117
Pemain Croatia, Nikola Vlašić (berlutut) meraikan gol jaringannya, dalam perlawanan menentang Scotland, sebentar tadi.

WEMBLEY – Cabaran getir menanti England pada pusingan kalah mati nanti apabila bakal berdepan sama ada Perancis, Jerman ataupun Portugal.

England, yang muncul juara Kumpulan D Kejohanan Euro 2020 setelah menewaskan Republik Czech 1-0 sebentar tadi, akan berdepan dengan naib juara Kumpulan F pada pusingan seterusnya.

Bagaimanapun, juara dan naib juara kumpulan tersebut masih belum dimuktamadkan lagi, kerana perlawanan akhir kumpulan itu hanya akan berlangsung awal pagi esok.

Untuk rekod, kedudukan Kumpulan F ketika ini didahului oleh Perancis dengan 4 mata, diikuti Jerman dan Portugis yang berkongsi 3 mata tetapi dibezakan menerusi jaringan gol, manakala Hungary di tempat tercorot dengan hanya 1 mata.

Dalam perlawanan di Stadium Wembley sebentar tadi, gol England hadir menerusi tandukan Raheem Sterling pada minit ke-12.

Sterling menanduk masuk hantaran lintang Jack Grealish untuk menjaringkan gol England, sebentar tadi.

Mengiringi England ke pusingan seterusnya adalah Croatia yang mengalahkan Scotland 3-1 di Hampden Park, Glasgow.

Gol Croatia hadir menerusi Nikola Vlašić (min. 17), Luka Modrić (min. 62) dan Ivan Perišić (min. 77), manakala gol Scotland pula dijaringkan oleh Callum McGregor pada minit ke-42.

Berita baik buat Republik Czech, yang turut layak ke pusingan kalah mati nanti walaupun berada di tangga ketiga Kumpulan D, kerana peraturan kejohanan membenarkan 4 pasukan terbaik di tangga ketiga kumpulan untuk bermain di pusingan seterusnya bagi melengkapi saingan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here