Euro 2020: England mara, Jerman terkandas

0
55
Sterling ketika menjaringkan gol pertama England dalam perlawanan sebentar tadi.

LONDON – England berjaya mara ke pusingan suku akhir Kejohan Euro 2020 apabila berjaya menewaskan Jerman 2-0, sebentar tadi.

Dalam perlawanan di Stadium Wembley itu, gol England hadir menerusi Raheem Sterling pada minit ke-75, dan Harry Kane pada minit ke-86.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama England berjaya mengalahkan Jerman pada pusingan kalah mati kejohanan antarabangsa sejak tahun 1966.

Perlawanan bermula agak hambar, dengan kedua-dua pasukan hanya melakukan cubaan asakan ke kubu lawan masing-masing.

Perlawanan menjadi semakin rancak pada separuh masa kedua, dan pada minit ke-75, satu sepakan lintang dari pemain England, Luke Shaw berjaya disudahkan oleh Sterling untuk gol pertama perlawanan.

Jerman cuba menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan, tetapi nyata kecewa apabila peyerang England, Kane berjaya menanduk masuk hantaran rakan sepasukan, Jack Grealish untuk gol kedua England pada minit ke-86.

Dalam pusingan suku akhir pada 4 Julai nanti, England akan bertemu pemenang perlawanan di antara Sweden dan Ukraine yang akan berlangsung di Hampden Park, Glasgow sebentar lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here