Euro 2020: England tewaskan Croatia

0
67
Aksi Sterling (jersi putih) menjaringkan gol ketika melawan Croatia, sebentar tadi.

WEMBLEY – England memulakan kempen Euro 2020 mereka dengan langkah kanan setelah berjaya mengalahkan Croatia 1-0, sebentar tadi.

Dalam perlawanan kumpulan C yang diadakan di Stadium Wembley, London tadi, gol kemenangan England dijaringkan oleh Raheem Sterling pada minit ke-57.

England yang rata-ratanya dibarisi pemain muda, langsung tidak berdepan masalah dalam perlawanan kali ini, dengan Croatia kelihatan seolah-olah buntu mencorakkan serangan.

Perlawanan kedua kumpulan D di antara Republic Czech menentang Scotland akan berlangsung pada pukul 9 malam, esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here