Euro 2020: Gol sendiri ranapkan impian Portugal muncul juara Kumpulan F

0
146
Aksi Diogo Jota menjaringkan gol kedua pasukan Portugal, sebentar tadi.

MUNICH – Portugal terpaksa melupakan dahulu impian untuk muncul pendahulu Kumpulan F Kejohanan Euro 2020 apabila tewas kepada Jerman 2-4, sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang diadakan di Arena Bola Sepak Munich sebentar tadi, gol-gol Portugis hadir menerusi Christiano Ronaldo (min. 15) dan Diogo Jota (min. 67).

Kai Haavertz ketika menjaringkan gol ketiha pasukan Jerman, dalam perlawanan menentang Portugal sebentar tadi.

Gol pasukan Jerman pula hadir melalui dua gol sendiri pemain Portugal, Ruben Dias (min. 35) dan Raphaël Guerreiro (min. 39); dan menerusi jaringan Kai Haavertz (min. 51) dan Robin Gosens (min. 60).

Terdahulu, Perancis hanya berjaya seri 1-1 dengan Hungary.

Keputusan ini menjadikan Perancis kini berada di puncak Kumpulan F dengan 4 mata, diikuti Jerman dan Portugal yang berkongsi 3 mata.

Namun, Jerman berada di tangga kedua kumpulan berikutan rekod pertemuan terdahulu (head-to-head) yang lebih baik.

Tempat tercorot dihuni oleh Hungary yang mempunyai 1 mata.

Setakat ini, belum boleh dipastikan lagi pasukan mana yang akan layak secara automatik ke pusingan seterusnya, kerana dari segi matematik, 3 pasukan teratas mempunyai peluang yang hampir sama.

Perlawanan terakhir kumpulan akan diadakan secara serentak pada pukul 3 pagi (waktu Malaysia) Khamis depan, yang akan menyaksikan Jerman akan bertemu Hungary, manakala Portugal akan menentang Perancis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here