Euro 2020: Itali benam Turki 3-0

0
37

ROM – Itali memulakan kempen mereka dalam kejohanan Euro 2020 dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan Turki 3-0, sebentar tadi.

Pada perlawanan pembukaan kejohanan itu di Stadium Olimpik Rom tadi, gol-gol Itali dijaringkan oleh pemain Turki, Merih Demiral (min 53, gs), Ciro Immobline (min. 66) dan Lorenzo Insigne (min. 79).

Satu lagi perlawanan Kumpulan A akan berlangsung pada malam ini, dengan Wales akan menentang Switzerland di Baku, Azerbaijan.

Kejohanan itu yang sepatutnya berlangsung pada tahun lepas, ditunda ke tahun ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here