EURO 2020: Itali tewaskan Switzerland, jadi pasukan pertama ke pusingan kalah mati

0
84
Locatelli berjaya menjaringkan dua gol menentang Switzerland pagi tadi

ROM – Itali berjaya menjadi pasukan pertama yang melangkah ke peringkat kalah mati selepas menewaskan Switzerland 3-0 dalam aksi kedua Kumpulan A EURO 2020 sebentar tadi.

Gol-gol Itali diperoleh menerusi Locatelli yang menjaringkan dua gol pada minit ke-26 dan 52 serta jaringan Immobile pada minit ke-89.

Itali yang ketika ini bagai ‘dilahirkan semula’ di bawah kendalian Roberto Mancini selepas kegagalan mara ke Piala Dunia 2018 belum pernah tewas dalam 29 aksi terakhir.

Kemenangan ke atas Switzerland itu juga melebarkan rekod tanpa bolos pasukan Azzurri itu untuk 10 aksi terakhir.

Sementara itu, dalam aksi lain Kumpulan A, Wales berjaya menundukkan Turki 2-0.

Keputusan 3-0 Itali menewaskan Switzerland

Gol-gol Wales dijaringkan oleh Aaron Ramsey pada minit ke-42 dan Connor Roberts pada minit ke-95.

Kekalahan kali kedua Turki selepas tewas 3-0 pada aksi pertama kepada Itali hampir menutup terus peluang mereka ke pusingan berikutnya.

Wales berjaya menundukkan Turki 2-0 untuk menghuni tangga kedua kumpulan A

Peluang Turki untuk melangkah ke pusingan seterusnya sangat tipis dan perlu menjadi salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga keseluruhan jika ingin ke pusingan berikutnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here