Euro 2020: Perancis, Jerman, Portugis ke pusingan seterusnya

0
119
Pemain Perancis, Benzema (jersi putih) menjaringkan gol kedua peribadinya ketika menentang Portugal, sebentar tadi.

BUDAPEST – Perancis, Jerman dan Portugal berjaya mara ke pusingan seterusnya apabila perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Euro 2020 menutup tirainya, sebentar tadi.

Dalam perlawanan di antara Perancis menentang Portugal di Arena Puskas, Bucharest, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.

Gol Portugis hadir menerusi sepakan penalti Christiano Ronaldo pada minit ke-31 dan ke-60.

Gol Perancis pula dijaringkan oleh Karim Benzema (min. 45+2 pen, min. 47).

Untuk rekod, jaringan Ronaldo pada awal pagi ini sudah menyamai jaringan gol perlawanan antarabangsa sepanjang masa yang dipegang oleh Ali Daei dari Iran sebanyak 109 gol.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F yang berlangsung serentak di antara Jerman menentang Hungary di Munich, pasukan tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.

Gol Jerman hadir menerusi Kai Havertz (min. 66) dan Leon Goretzka (min. 84), manakala gol Hungary pula dijaringkan oleh Adam Szalai (min. 11) dan András Schäfer (min. 68).

Tamat perlawanan, Perancis dan Jerman mara ke pusingan seterusnya selaku juara dan naib juara kumpulan, manakala Portugal turut layak sebagai salah satu daripada 4 pasukan terbaik yang menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga.

Dalam pusingan seterusnya, Perancis akan menentang Switzerland pada 29 Jun, manakala Portugal akan menentang Belgium pada keesokan harinya, dan pada 30 Jun, Jerman akan menentang England di Stadium Wembley.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here